Tuesday, June 30, 2015

LADAP FROG VLE

Pada 9 Mei 2015 (Sabtu), satu LADAP khas untuk guru mengajarkan membina laman (site) dalam FROG VLE telah diadakan di bilik guru dengan menggunakan Netbook 1Malaysia.








MURID MENGGUNAKAN NETBOOK 1 MALAYSIA

Murid-murid SK Kayan sedang menggunakan Netbook 1Malaysia untuk melayari FROG VLE.








SET KOMPUTER BAHARU DI MAKMAL ICT SEKOLAH

ALHAMDULILLAH  selepas Netbook 1Malaysia, sekolah mendapat gantian set komputer baharu di Makmal ICT sebanyak 13 buah. Komputer jenama HP dengan spesifikasi Intel (R) Core i5, 4GB RAM dengan OS Win 7 Profesional.


TAKLIMAT FROG VLE KEPADA IBU BAPA

Pada 14 Februari 2015 (Sabtu) satu taklimat kepada ibu bapa berkaitan FROG VLE telah diadakan. Penceramahnya ialah Encik Mazni bin Othman selaku admin FROG VLE sekolah dan merupakan Guru Penyelaras Bestari. Ibu bapa juga diajarkan cara mencari ID dan Password Frog Vle.





MENERIMA NETBOOK 1 MALAYSIA

Pada 9 Mac 2015, SK Kayan bertuah kerana tersenarai sebagai penerima Netbook 1Malaysia SKMM sebanyak 41 Unit. Netbook ini khas untuk kegunaan murid dalam PdP. PdP juga mesti menjurus kepada penggunaan Laman Pembelajaran Maya FROG VLE.








Sunday, November 2, 2014

KEBAIKAN FROG VLE BAGI GURU, MURID DAN IBU BAPA

GURU:

Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk mengangkat sistem pengajaran ke satu tahap baru sepenuhnya. Anda boleh memberi tugasan serta mengetahui tentang kerja dan markah pelajar, menghasilkan sumber pengajaran dan berhubung dengan rakan-rakan pendidik lain. Rancang masa anda dengan lebih baik dengan kalendar yang membolehkan anda untuk melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara.

MURID / PELAJAR:

Pembelajaran adalah menyeronokkan dan dapat diperibadikan dengan Frog. Terokai video, permainan dan pos-pos yang mengujakan di The Pond, reka sendiri laman utama anda, muat naik dan simpan fail di awan, selesaikan tugasan pada bila-bila masa, di mana jua dan kongsikan idea-idea anda yang hebat dengan rakan-rakan sekelas serta guru-guru.

IBU BAPA:

Ketahui tentang acara-acara sekolah, laporan PIBG serta notis sekolah menerusi kalendar dan papan notis sekolah, cari semua butir perhubungan yang anda perlukan di halaman Hubungi Sekolah dan muat turun borang keizinan dan dokumen-dokumen penting yang lain mengikut keselesaan anda.

SUMBER: http://www.frogasia.com/v3/apakah-itu-frog/?lang=ms 

MENGAPA FROG VLE

Ia menjadikan hidup setiap orang, menjadi lebih mudah. Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Pada masa sama, ibu bapa dapat mengikuti perkembangan sekolah dan apa yang anak-anak mereka lakukan. Sebagai tambahan, Frog VLE turut diintegrasikan dengan alatan pendidikan lain yang berkuasa serta rakan kandungan, termasuk Google Apps for Education dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

FrogAsia, pembekal penyelesaian Frog VLE, bekerjasama erat dengan golongan pendidik dan organisasi-organisasi pendidikan tempatan bagi menyediakan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang relevan dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberikan kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah baik sekolah secara keseluruhannya.

TONTON VIDEO DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI BAGAIMANA FROG VLE DAPAT MEMPERTINGKATKAN PEMBELAJARAN.